0
[postlink]http://sejuk-damai.blogspot.com/2010/06/1-malaysia.html[/postlink]

Salam 1 Malaysia.

Dalam era globalisasi, alam sekitar yang sihat dan selamat amat diperlukan oleh semua orang. Jadi, kita sebagai pengguna yang bijak, perlulah mengetahui dan memilih tempat tinggal yang bersih dan selamat.


kawasan yang bersih menjamin kesihatan keluarga kita. Kawasan yang selamat pula menjamin keselamatan keluarga kita mungkin dari kejadian rompakan atau gangguan.

Jadi, sebelum memilih tempat tinggal mahupun sekolah untuk menempatkan anak-anak kita, pastikan kawasannnya bersih dan selamat dari segala jenis faktor.


Kawasan membeli-belah juga perlu bersih dan selamat. Dan mempunyai kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU). Kawasan berekriasi, tandas awam, restoran makanan juga kedai runcit perlulah bersih dan selamat. Kebersihan sesuatu tempat itu menggambarkan betapa baiknya pemandangan.

Cuba anda bayangkan, anda sedang makan di restoran yang kotor. Terdapat juga pelbagai jenis serangga perosak dan haiwan perosak seperti lipas dan tikus. Adakah anda akan terus menjamah makanan anda? Pastinya tidak! Anda mesti akan terus meninggalkan tempat itu dan mungkin tidak akan datang kembali.


Bagaimana pula jikalau restoran yang anda datang sangat bersih dan suasananya amat indah dihiasi pelbagai jenis bunga dan kraf tangan? pastinya anda akan suka pada tempat itu dan akan kembali ke tempat itu.

Jadi, anda sebagai pengguna bijak perlulah memikirkan untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan bersih.

Pengguna Bijak menjamin masa depan negara!

1 malaysia

iklan